>Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, hari ni saya nak cerita sket tentang pengalaman saya gadai(rempittttt) di ar-rahnu.
Sebaik saja saya sampai Penang, (sebenarnya baru je balik dari anta stock kat customer di Kedah) saya pun terus pegi cari Ar-rahnu. Ar-rahnu yang pertama saya pergi saya pergi adalah Ar-Rahn. Tapi malangnya Ar-Rahn x terima sebarang jongkong emas/syiling emas yang beratnya lebih dari 10gram..alahai..ringannye 10gram je dia ambik..maksudnya boleh gadai dalam 2 dinar je. (1 dinar 4.25gram) So maksudnya emas jongkong PG xleh la…so saya xmo cerita sangat pasal brapa upah simpan yg dia tawarkan berdasarkan nilai marhun yang diberikan.Lepas tu saya tanya maksudnya emas-emas lain yang berdasarkan syiling macam kijang emas macam mana?diorg kata kalau lebih 10gram memang x accept untuk sementara waktu. Lepas tu saya pun kluar le kedai ar-rahnu tu..tapi sempat gak amik risalah. Kalau nak jual barang kemas diorg xde hal la..
Lepas tu saya pergi ke Agro Bank pulak..masa pergi kat Agro Bank tu, soalan pertama yang saya tanya,
akak, kat sini emas Public Gold ke Dinar-dinar emas ke akak terima tak?
Pastu akak tu cakap ok..tapi PG ade dia punya sijil ketulenan so jangan lupa sertakan sekali ya..
So saya pun keluarkan la emas 100gram saya.
Then akak tu mintak i/c dengan sijil ketulenan emas tu untuk fotokopi.
So setakat ni apa yang perlu ada untuk rempitt ni
- Barang untuk digadai tu (Emas)
- Kad Pengenalan
- Sijil Ketulenan
Ok, kalau ade ketiga-tiga ni boleh proceed dengan matlamat kita tadi. Kalau x bawak sijil ketulenan memang diorg xnak terima. Sijil ketulenan tu pulak no siri dia kena sama dengan no siri yang ade pada Gold Bar tu,..untuk Dinar x perlu le..sebab dinar memang xde no siri..cuma sijil ketulenan je dia nak.
Langkah seterusnya, saya pun tanya lagi…berapa nilai marhun yang saya boleh dapat ye kak?
Nilai marhun adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Contohnya harini
- RM118.20/gram untuk emas 999
- RM108.30/gram untuk emas 916
saya pun tanye la lagi..kat mana saya buleh cek harga ni kak? dia pun cakap harga ni mmg ade dalam sistem diorg. So harga nya akan automatik update la. OOoooo…
Upah simpan pulak macam kat jadual bawah ni
Sekali pandangan jadual kat atas, pening jugak la saya..maklum la 1st time nih..
Lepas dah tanya baru saya faham..
contohnya:
Kalau Nilai barang kemas RM 100 so setiap RM100 kadar upah dia 60sen je sebulan. Tu untuk margin 60% la dari nilai emas kita tu pada hari tersebut.
so untuk kes saya ni..saya nak rempitt 100g, so calculation dia macam ni;
Berat = 100gram
Nilai = 100 gram x RM 118.20
= RM 11,820.00
Pinjaman (margin 60%) = RM11,820 x 60%= RM7,090
Upah Simpan (6 Bulan)
6bulan _________________________
***kalau kita simpan sebulan je terus settelkan payment kita tu..so upah untuk sebulan je la..
dia akan kira balik upah simpan kita berapa, lebih kurang RM425.52/6 = RM70.92/bulan
Lepas tu..kalau kita setuju dengan semua tu..boleh la proceed..
Lepas tu..dia akan print resit untuk kita claim duit RM 7,090 tadi kat kaunter.
Kat resit tu ade la tercatit (kalau ikut contoh saya tadi)
- Nilai Marhun = RM11,820.00
- Pinjaman = RM 7,090.00
- Upah Simpan = RM 425.52
- Ansuran bulanan = RM 1181.66
Bagi ansuran bulanan tu, sebenarnya untuk guide kita saje..kalau x bayar ikut harga ansuran tu pun xpe..janji kita dapat setel smua sebelum tarikh matang.
untuk makluman..kalau nak gadai kat agro bank ni..kena ade akaun bank kat sini.. so kalau xde akaun lagi..kena la bukak..minimum RM20 je..tp saya nasihatkan, bawak fotostet ic siap2..haha..tu pun kalau xde syiling la..ni akak lain pulak..akak yg jaga bahagian nak bukak akaun simpanan..dia mintak 30sen caj fotostet..hehe..nasib baik bawak duit pecah..kalau x..kena lari2 p kat keta..cari duit syiling..hehe
tapi akak yg jaga bahagian ar-rahnu tu..dia x mintak duit fotostet..ehhe..lawak lawak..
untuk dapatkan brochure berkaitan ar-rahnu agro bank sila klik disini
ok..saya nak klua sekejap..nantikan tajuk saya seterusnya, masih berkaitan ar-rahnu tapi perbandingan ar-rahnu Agro Bank dengan Ar-Rahnu YaPEIM..tunggu….
Saya sekadar berkongsi info
khas untuk pembaca blog dan penggemar emas
Rasailah kehangatan dan aura EMAS…
Sekian dulu, Assalamualaikum…









saya berminat dalam pelaburan emas ini dan telah terbaca artikel mengenai contoh gadaian di agro bank – ar rahnu .
saya agak kurang paham cara keuntungan diperolehi dengan cara gadaian di ar rahnu ni. Contohnya gadaian 100g di ar rahnu kita dapat pinjaman dan kena bayar balik dengan upah simpan macam mana dikatakan keuntungan yg dapat dari gadaian tu dan berapa jumlah keuntungan blh diperolehi dengan jumlah 100g yg di gadai.
sekian
harap mendapat penjelasan lanjut.
yg aku fhm la…bkn dpt untung dr gadaian…tp duit gadaian td d gnkn utk beli emas lg kemudian jual emas tu bl hrga naik…pastu g tebus balik kat bank tu…bknnya bank yg bg keuntungan…kl salah tlg btolkan !!!
kalau camtu betul la