Assalamualaikum, harini hari ahad, esok hari isnin..haha..dah nak mula kerja balik..hadoii..tapi ape buleh buat..nak tak nak hidup ni kena jugak kerja..kalau x kerja gaji pon takde..heehe..
Tapi kan, untuk makluman semua, jualan emas PG ni tetap berjalan seperti biasa 24jam sehari 52 minggu setahun..ehhe. Cuti raya pun bisnes ni jalan jugak.. ![]()
Kali ni saya just nak kongsikan cerita dalam blog telukemas.blogspot.com, cerita ini di tulis oleh En Jalil salah seorang agen inspirasiemas. Bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan emas ni..ambillah peluang ini untuk baca artikel tersebut..sebab apa yang beliau nak sampaikan ni memang cukup ringkas dan senang difahami..Jadi jom kita baca..
Ubah Cara Simpanan Untuk Keuntungan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Setelah bercuti lama sempena hari raya, kini tiba masa untuk sambung semula tugas, apa pun tugasan yang diamanahkan perlulah kita lakukan dengan sebaiknya dengan penuh rasa tanggungjawab.
Ok tulisan saya kali ini nak cerita berkenaan bagaimana sejarah yang telah kita lalui pada 10 tahun kebelakang untuk kita manfaatkan untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Anda boleh lihat graf yang saya tunjukkan di bawah,

Semua ni anda boleh rujuk dalam website http://www.kitco.com
Daripada graf tersebut kita dah nampakkan yang harga emas naik secara puratanya dari tahun 2000 ke tahun 2009 adalah sebanyak 27%. Jadi apa yang hendak saya tunjukkan adalah bagaimana harga emas itu akan naik untuk tahun-tahun akan datang dengan cara kita meletakkan kenaikan setahun hanya pada kadar 20%, ini sekadar kiraan supaya kita lebih jelas jika kenaikan itu seperti apa yang telah di lalui sebelumnya kerana saya tidak menjanjikan kenaikan adalah pada kadar tersebut tetapi sejarah lalu telah membuktikan, jadi kita membuat kiraan berdasarkan jumlah purata kenaikan itu, Ok sekarang onkan Kalkulator anda,
Kita kirakan kenaikan untuk Public Gold bar 50 gm harga hari ini (19 September 2010) adalah RM 7172.00, berdasarkan sejarah kenaikan tersebut,
Daripada RM 7172.00 + 20 % tahun pertama 2011 = RM 8606.00
Tahun kedua 2012 – RM 10040
Tahun ketiga 2013 – RM 11475
Tahun keempat 2014 – RM 12909
Tahun kelima 2015 – RM 14344
Tahun keenam 2016 – RM 15778
Tahun ketujuh 2017 – RM 17212
Tahun kelapan 2018 – RM 18647
Tahun kesembilan 2019 – RM 20081
Tahun kesepuluh 2020 – RM 21516
Ok adakah anda nampak jelas apa yang akan berlaku jika kita menyimpan dalam bentuk emas.
Suka saya bercerita mengenai kisah benar ini berlaku pada tahun 2000 Seorang Mak Cik membuat simpanan dalam bentuk wang dengan membeli saham dari sebuah syarikat untuk simpanan masa depan anak-anaknya. Beliau menggunakan wang dari simpanannya berjumlah RM 20,000 untuk membeli saham syarikat tersebut. Mak Cik tersebut berjaya membeli sebanyak 20,000 unit saham. Mak Cik amat gembira sekali kerana keinginan untuk menyimpan bagi kegunaannya 10 tahun akan datang akan memberikan ia keuntungan yang berlipat ganda apabila saham tersebut meningkat naik. Tetapi malang pada tahun 2009 jumlah saham tersebut setelah Mak Cik membuat semakan hanya bernilai RM 4000, kenapa berlaku begitu, ini adalah kerana saham yang dibeli oleh Mak Cik tersebut telah jatuh dari RM 1.00 seunit kepada RM 0.20 seunit. Tentu anda dah nampak dan fahamkan, dengan simpanan dalam bentuk fiat money ianya tidak menjamin.
Kita lihat pula jika Mak Cik tadi menyimpan wangnya untuk masa depan anak-anaknya dalam bentuk emas. Harga emas pada tahun 2000 adalah RM38/gm, dengan jumlah yang sama iaitu RM 20,000, Mak Cik akan dapat membeli 526 gm emas. Lebih 1/2 kilo dah tu. Ok mari kita kira dengan harga hari ini Mak Cik akan dapat berapa? Haaa…. harga hari ini dah RM 144/gm x 526 gm, jadi Mak Cik boleh dapat RM 75744.00.
Mana lebih untung menyimpan dalam bentuk emas atau dalam bentuk fiat money yang mana kadar inflasi (susut nilai) semakin meningkat setiap tahun atau menyimpan dalam bentuk emas.
Semua itu pilihan dan kehendak kita sendiri untuk menentukannya.
Matlamat saya menyimpan adalah untuk mendapat untung yang boleh digunakan oleh saya, isteri dan anak-anak untuk masa depan. Wallahuaklam.
Jom kita lawati blog beliau, baru je jadi agen dah banyak cerita yang nak dikongsikan. Kepada mereka yang berada di Sg Petani, bolehlah hubungi beliau ok!
Jika anda berminat nak jadi agen seperti en jalil [klik sini]
Sekian,
amir firdaus
www.inspirasiemas.com
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035







