Assalamualaikum semua..
Harini, saya nak cerita sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang tertanya2..camne nak pajak kat ar-rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena ade, ape yang itu..ape yang ini..ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham.
p/s: kepada yang berminat nak tanya macam kawan2 kita yang lain boleh emelkan soalan anda kepada saya di inspirasiemas@gmail.com @ hubungi saya di 012-5853035
ok, mula2, saya nak cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan emas fizikal.
Contoh emas dalam buku akaun : Public Bank Gold Investment Account, Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan lain2..
sumber gambar : public bank
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik ar-rahnu, hanya emas fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan boleh tak boleh guna cara ini.
Biasanya, teknik ar-rahnu digunakan bila pemilik emas tersebut memerlukan/nak guna wang pada satu-satu masa tertentu.
Bila pemilik tersebut nak guna wang, terdapat dua cara untuk mendapatkan wang, iaitu merompak sori bukan dengan merompak..hehe..
- menjual emas yang ada padanya
- memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh gunakan teknik ini.
Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi. Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.
Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugi. Betul tak?
Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..
Jadi, jika anda sayangkan emas tersebut maka teknik ar-rahnu memainkan peranan penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik adalah AGRO Bank.
- Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari ar-rahnu lain
- Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
- Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam buku pelaburan, memang teknik ni x sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar untuk tambah ilmu.
Jadi, apakah keperluan yang anda perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat ar-rahnu Agrobank?
- Bawa Kad pengenalan
- Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
- Bawa Emas yang nak dipajak
- Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama (contoh: emas Public Gold)
ok, kalau sebelum ni, harga emas 999 kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram
Anda boleh baca pengalaman kali pertama saya pajak sebelum ni lebih kurang bulan Februari 2009, kat situ ade saya tulis cuma RM118.20/gram saje [klik sini]
Lepas tu, harga emas yang saya pajak untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi RM126/gram.
Nak tunjuk contoh pon saya dah pergi tebus dah emas tu..hehe
Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit
Kali ni, masa saya pajak tu, harga emas dah naik jadi RM148.50/gram
Ok jom kita tengok contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.

ok, macam mana nak kira?
harga emas untuk 999 yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya pajak = 100gram
Nilai Marhun = Nilai emas saya
= RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00
Jika ini adalah pajakan pertama, saya hanya layak untuk meminjam 60% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.
Jadi, saya layak untuk meminjam,
75% x RM 14850
= RM11,137.50
tapi kalau anda lihat nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM11,137.50
ok, macamana kira upah simpan?
Upah simpan kita telah ditetapkan hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.
jadi, pengiraannya macam ni;
RM14850.00 (nilai marhun) x 0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)
= RM 89.10/bulan
disebabkan kita boleh meminjam sehingga 6 bulan pertama, jadi anda boleh lihat nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60 (RM89.10 x 6 bulan)
Kalau anda lihat, ansuran bulanan saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi. sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk upah simpan 6 bulan.
Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk jangka masa 6 bulan, boleh di ‘extend’ lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi boleh lagi di ‘extend’ untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??
haaa..mudah je kan?lepas ni boleh la sampai2kan pada kawan2 lain..takpun copy paste je cerita saya ni dalam blog masing..tp jangan lupa bg kredit kat blog saya ni ok
Berkongsi amalam mulia..hehe
ok la..sekian saja dulu cerita pasal ar-rahnu ni..nanti kita sembang cerita lain pulak ok..jangan segan silu untuk emel2kan soalan anda..mana tau anda bertuah, soalan anda akan masuk dalam blog saya ni..hehe
Sekian dulu dari saya,
Amir Firdaus
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035
berminat nak jadi agen?? [klik sini]









masih terima ke public gold?
saya pernah cuba buat tapi agro bank tak ambil.
ni buat kat agro bank mane ye?
sy buat kat agro bank kl.
setakat ni setahu saya agrobank di KL masih lagi terima..kawan2 saya yg lain memang pergi pajak di AgroBank di KL. Saya pajak di Penang, sbb sy dok penang
salam hormat bro… so mcm mana nk buat untung dengan kaedah pajakan ni?.. sy kurang faham la…
salam saiful,
secara ringkasnya, teknik pajakan ni bole guna masa harga emas tgh rendah..
then masa tu la kita pajak dan borong emas.
untung nya masa harga emas naik balik..
then jual emas tu utk dptkan untung
kemudian boleh tebus di ar-rahnu..itu secara ringkas
cunn artikel yang amat bagus.
kepada putra emas, mungkin anda nak buat pajakan masa awal2 dulu kot. sekarang ni dah bole dah. dah lama dah pun. cawangan agrobank yang tak buat arrahnu tu bukan sebab tak nak buat sebab takde pegawai arrahnu aje. so pergi ke cawangan yang disenaraikan aje
thanks bijak Emas..sehingga kini memang AgroBank sangat mengalu-alukan pajakan anda
pesanan dari pegawai AgroBank
skang emas dlm trend menaik @ menurun?
salam Pn Ros,
sekarang dalam trend menaik..2 minggu lepas 1 dinar dlm 580++ sekarang dah RM590++
jd wat masa skang ni kita x leh memajak @ beli lg la ek…
puan ros,
kalau untuk investment jangka panjang, sebenarnya harga emas naik atau turun x kisah sebenarnya nak beli ke x..
sebab setiap emas yang dibeli, bila kita nak jual balik emas tu kita akan buat kiraan secara putara. ambik harga purata emas yang kita beli then baru decide nak jual ke x..lebih kurang macam tu la..
tapi kalau jangka pendek susah sikit..
mungkin emas bukan pelaburan yang sesuai untuk short-term investment
macam mana kita rasa untung sedangkan kita beli misal Rm 622 dinar…pajak 376 dari 60%..nanti kira upah…20.31..blh terangkan tak…macam tak balik modal pulak
ok macam ni..
katakan kita ada emas 1 dinar yang kita beli masa tu RM622
lepas tu..harga emas jatuh jadi rm590 so kita nak p pajak emas kita yang kita beli RM622 tu
kita pegi pajak kat agrobank sekarang ni..kalau emas 916 = RM146/gram (harga semasa di agrobank)
jadi, 4.25gram (berat 1dinar) x RM146 = RM620
untuk makluman, agrobank sekarang dah bg pinjam 70%
jadi 70% dari RM620 = RM434.00
dengan upah simpan sebanyak RM0.60sen x RM 620 bahagi RM100 = RM3.72/bulan
sebulan cuma RM3.72sen saje..
kalau 6 bulan lebih kurang RM22 kita cuba anggap kita xnak bayar untuk 6 bulan pertama so buleh tangguh lg 3 bulan tak buleh bayar lg..buleh tangguh untuk 2 bulan lagi..cuma perlu bayar upah simpan je..
6+3+2 (tapi sekarang ni dah jadi 6+6+6 itu maklumat terbaru yg saya dapat)
katakan masih 6+3+2 lagi..so total smua 11 bulan..jadi upah simpan = RM 40.92 (anggaran untuk 11 bulan)
ok..selesai bab upah simpan dan duit pinjaman tadi..
total yg kita kena bayar adalah RM 434+ RM41 (upah simpan utk 11 bulan)
so dpt duit RM434 tu kita perlu tambah dalam RM 156 untuk cukupkan RM590 (nak beli emas masa murah tu)
ok..so sekarang kita dah ade emas RM590 yang murah tu..dan RM622 kat arrahnu..
emas setahun naik dalam 20-30% katakan naik 20%
RM590 + 20% = RM708
so kenaikkan dalam RM708 -590 = RM118
RM118 ni duit untung..
kita pinjam tadi 434 so kena bayar 434 la kan (ni kira x untung x rugi)
yg kena amik kira sekarang ni adalah upah simpan..
upah simpan kalau untuk 11 bulan RM 41 kan tadi??
jadi Rm118 (untung) tolak RM 41 = RM77
lebih kurang macam tu la..tu semua kiraan secara kasar je ok
lagi besar kita pajak..lagi tinggi la nilai untung…
tapi kalau jadi agen…lebih berbaloi guna teknik ni…
cara pengiraan dia pon lain sket
di agro, dia declare emas 999 tu sbg 999 ke? sy pajak di agro d kelantan, dia declare as 950 jer.
masa saya pajak jongkong emas/syiling emas 9 bulan lepas memang diorg ambik nilai yg rendah sikit dari harga emas 999 yang dipamerkan di bank tersebut. Tapi kalau x silap saya sejak bulan jun 2010 harga jongkong emas tu dah setara dengan harga emas mgikut ketulenan masing2
saya tak pasti di kelantan praktis macam tu, tp boleh saya tau bila tuan pajak emas tu?
sy pajak bulan jun la, awal jun 2010. syg sikit sbb dia declare sbg 950. tp yg nyata nilai pajak di kelantan sgt rendah. even 950 pn dia kira rm112 segram. yg menakutkan tu nk kena tandatangan surat jika berlaku kehilangan brg tu kita xblh mintak gantirugi, dia hy akan byr lebihan nilai yg tinggal…he he dgn kiraan segram yg murah, mmg la x berbaloi kalo dibuatnya hilang..so kena cpt2 gi tebus…cari alternatif lain.
kalo agro arrahnu di tempat lain, brp rm pergram yg dia amik utk 950, 999 dan 916? nk buat perbandingan sikit
saya dapat maklumat baru, Agro Bank ambik harga ni..
999= 165/g
916=rm158/g
hmm…ada kemungkinan ke harga segram ni berbeza mengikut negeri walaupun dari bank yg sama tp lain cwng..? nk kena cek nih. tp di kelantan, dh try dua tempat arrahnu, 1 arrahnu permodalan negeri kelantan, dan 1 lg arrahnu agro bank…memang amik nilai sikit je utk 1 gram. rm110++ jer, walaupun di arrahnu permodalan Neg kelantan kira gred 999 (bln 3 2010). rsnya x byk berubah.
kesimpulannya kalo nk pakai duit byk, gadai la kat selangor jew..
hurm saya x pasti yang tu,..tapi setakat harini saya tanya member2 di tempat lain kebanyakkan diorg cakap harga yang sama macam agrobank di Penang tempat saya selalu pergi pajak.
bagi saya sepatutnya semua agrobank mesti seragam.
Agro bank penang cawangan mana tuan? 916 158 n 999 165? tinggi tu?
bayan baru
semuanya kerana mesin yg digunakan. kalau mesin baru dptlah 999.,,