Assalamualaikum, harini saya nak berkongsi dengan anda satu artikel yang saya baca iaitu
“Continous money printing will drive gold ever higher: An Interview with Mr. Rose, CEO of Capital Gold Group”
Mungkin ada diantara kita yang pernah terbaca, ada juga yang belum baca lagi atau ada juga yang dah baca tapi tak paham apa pon..jadi harini saya nak terangkan apa sebenarnya yang ingin disampaikan semasa temubual oleh International Business Times bersama Mr Rose! Tapi saya nak sentuh sikit je…ok?? Sebab saya rasakan soalan yang ditanye masa temubual tu macam bes je…heheh
Sebelum kita pergi lebih jauh, Mr Rose ni adalah pengasas kepada ‘Capital Gold Group,Inc’. Group ni mula ditubuhkan pada tahun 2000. Kalau nak tau, tahun 2000 ni la bermulanya kenaikan harga emas sebanyak L.I.M.A kali ganda!!!
Jom kita ikuti temubual berikut!
Ketika ditanya pandangannya terhadap jangkaan harga emas jangka pendek dan jangka sederhana, yang mana merupakan soalan yang dinanti2 orang ramai ketika pusingan baru Quantitative Easing dimulakan oleh Federal Reserve yang jugak dikatakan sebagai Pencetak Wang!!!!
Mr Rose menjawab, kenaikkan harga logam berharga sejak tiga bulan terakhir ni agak menarik di mana emas telah mencecah $1,315 per ounce atau pada tahap resistance $1,350. Kejatuhan nilai dollar sejak bulan Jun, logam kuning ni nampaknya berada pada tahap yang selamat dan kukuh!! Dengan keadaan inflasi yang berisiko tinggi, anda jangan terkejut untuk melihat kenaikan harga emas sehingga $1,400 per ounce paling lewat pon hingga hujung tahun ni..Rose jugak menjangkakan tahun 2011 akan bermula dengan emas terus melonjak dan mungkin mencatat sejarah paling tinggi dengan $1,700 per ounce bagi jangka sederhana!
Huishh…betul ke ni???kalau betul memang gile ahhh…harga emas naik macam roket!! hehe..Tapi rasa-rasa macam jangkaan En Bunga Mawar ni, hehe Mr Rose, jangkaan dia macam hampir tepat!! cuba kita tengok harga emas sekarang..macam real!!!
Itu baru target $1,400 per ounce dah nak tercapai dah…kalau betul $1,700 per ounce tu tercapai..perghh memang mantap lah!! hohoho..
Dulu masa saya mula2 beli emas ni tahun lepas harga emas masa tu cuma sekitar $1,050++ saje..lepas setahun dah nak jadi $1,400 hurm..30% tu kenaikan!! percaya ke tak?
Heheh , kalau tak percaya cuba tengok graf kat bawah tu… ![]()
Alhamdulillah, naik tinggi kan?? Jadi kepada anda yang ade duit, jangan tunggu lagi..duit US Dollar pon buleh jatuh sampai 13%..isk isk isk..banyak tu..!! Kalau naik 13% takpe..ni jatuh!! Kalau jatuh seteruk tu maksudnye ??? Haha..anda fikir la sendiri
ok, kalau nak baca lebih lanjut lagi bleh baca kat link ni.. [klik sini]
Ok, kepada mereka yang nak ilmu emas, jangan lupa datang seminar, boleh klik sini untuk jadual seminar yang akan datang..
Ingatlah, simpan emas tak rugi pon..
bagus untuk kita, anak-anak, cucu-cucu dan tah brape generasi akan datang! Betul tak??hehe
Sekian dulu dari saya, Assalamualaikum..
p/s: bagi yang nak add saya kat Facebook, bleh cari nama Amir Firdaus, then cari profile picture kat bawah ni..
saya yang sebelah kiri tu..ahahhaha gurau je!
Amir Firdaus inspirasiemas@gmail.com 012-585 3035








Wahhh.. berdiri sama tinggi… duduk sama rapat… hahahahaa… mmg secocok ar.. kah kah kah..