Assalamualaikum,
Harini saya nak buat penerangan sedikit tentang untung dan rugi. Saya nak pastikan pembaca-pembaca blog ini betul2 faham adakah anda sudah untung..atau sebaliknya.
Sebenarnya ramai yang mengadu mereka dah RUGI, biasa la tu..bila rugi baru ngadu..bila untung duduk senyap2 je..senyum sorang2..buatpe nak ngadu kat saya betul tak? hehehe
Senario 1
Ok, jom kita tengok harga emas dulu2 macam mana..

Bagi mereka yang baru pertama kali membaca blog ini, resit di atas tu adalah emas pertama milik saya yang saya beli pada 10 September 2009, iaitu 2 tahun lepas.
Harga 1 dinar pada ketika itu hanyalah RM496.00
Jom kita tengok harga emas pada 10 September 2011, iaitu selepas 2 tahun.
Ok, pada 10 September 2011, harga emas 1 dinar tersebut telah mencecah RM810.00 iaitu kenaikkan sebanyak 60%++ iaitu lebih kurang 30% setahun secara puratanya.
Adakah saya sudah untung???
Kalau kita rujuk pada harga PG Buy, public gold akan membuat belian semula iaitu RM761.00 sekeping. So lebih kurang keuntungan saya adalah sebanyak 53%++
Di atas kertas saya dah untung 53%, tapi sudah untung kah saya??
Jawapannya: BELUM UNTUNG selagi saya tidak jual emas tersebut.
Kenapa macam tu??? Kan harga emas dah naik??
Selagi emas itu ada ditangan kita, kita tak boleh nak cakap kita dah untung
Jom tengok harga emas hari ini.
Kalau tadi harga emas 1 dinar adalah RM810, dan kita dah untung atas kertas, 53% kalau kita jual emas pada masa tersebut.
tapi sekarang (12/10/2011), 1 dinar = RM 765.00 sekeping, kalau nak jual balik PG ambil RM720.00
so keuntungan kita tadi dah jadi 45%++
Tapi adakah kita telah rugi?? atau adakah kita telah untung?? semua tu kita tak boleh nak cakap selagi emas itu ada dalam tangan kita.
Bila kita dah jual, dan ambil hasilnya baru kita boleh tau sama ada kita dah untung atau dah rugi. Faham kan??
Senario 2
Ok, jom kita tengok situasi kedua pulak..Situasi ni la yang paling banyak saya terima keluhan..hehehe
Katakan saya beli emas pada 10 September 2011, 1 dinar = RM810.00
Bes kan, dapat pegang emas, dapat rasa aura emas tu..rasa macam nak beli lagi..betul tak?? Beli pada harga RM810 sekeping..tapi lepas 1 bulan tiba2 harga emas jatuh
Kita boleh tengok trend kenaikkan emas bagi tempoh 5 tahun yang lepas. Kadang2 naik..bile dia letih nak panjat dia turun kejap..pastu bila ade tenaga dia naik balik..heheh..tapi secara keseluruhannya untuk jangka panjang, insyaAllah harga emas akan terus naikkkkk.. 







Saya bagi satu cth soalan customer kepada saya…
SOALAN PERTAMA :
“EN AMIR FAIRUZ,SAYA RASA RUGI LA BELI EMAS KAT PUBLIC GOLD NI…SBBNYA ASYIK TURUN NAIK TURUN NAIK JA…XSTABIL…”
huhuhu..sy suka btl soalan dia…dan jawapan saya seperti berikut :
“Macam ni tuan, harga emas memang turun naik selama ni,cuma kita ja xtahu..sekarang ni kita dah didedahkan dgn harga emas pasaran sbbnya kita boleh pantau harga di public gold ni…malah kita pantau hari-hari pulak tu…mesti la kita tgk naik turun…”
SOALAN KE-2 :
“saya rasa rugila beli emas di public gold ni,saya rasa nak beli dekat kedai emas la sbb saya xpernah dengar harga kedai emas jatuh”
Jawapan saya : Memang la kita xdengar harga kedai emas ni xjatuh..sy bagi satu contoh,
Ali pergi ke Kedai Emas Abu pada tahun 2008..dan harga emas pada tahun tu RM100
Ali pergi ke kedai Emas Abu pada tahun 2011 pula,dan harga emas RM190..Ali pun berkata “fuyoooo harga emas naik,untungnya beli emas”..
PERSOALAN DIATAS, kita pantau hari-hari harga public gold,mmg la kita nampak dan rasa harga emas naik turun..Harga kedai pulak,kita pergi setahun atau dua tahun sekali…TETAPI harga kedai emas jauh lagi mahal..anda boleh compare dgn harga public gold..hehehe
SEGALA PENERANGAN DIATAS ADALAH HASIL DARIPADA PENGALAMAN SY BERJUMPA CUSTOMER… ANDA BOLEH LAYARI BLOG SAYA http://www.emasedar.blogspot.com
P/S : SORI TERPROMOTE BLOG..HAHAHAHAHA
huiyooo…jawapan hg hebat..betui jugak..dok pantau hari2 mmg la nampak harga emas naik harga emas turun..tp harga emas kat kedai emas tak penah pantau pon..2-3 thn sekali ja pantau..mmg la nampak naikkkkk..kehkehkeh,,..bagus2..
OPPPSSS SORI HARGA RM190 tu adalah per gram..harap maklum…hehehe
Assalamualaikum tuan…,
Saya amat berminat nak joint hal emas ni…tapi jika nak tanya leibh senang…..bercakap teerus dengan tuan..leh dapt no tuan….ok apa-apa encik amir boleh sms atau mis cal kat no saya 0124674518.ok terima kasih banyak-banyak….
suka tengok org pandai dan kaya
(YUSOF ,Penang)
ehhe..en yusop..apa2 kita jumpa na..1 tempat reja ja kan..