Assalamualaikum wbth..
” Simpan emas ni, merugikan la cik amir!”
Begitulah luahan seorang customer saya baru-baru ni. Setelah lebih 2 tahun berkecimpung dalam dunia emas ni, boleh saya katakan keluhan seperti itu adalah perkara biasa dan bukanlan suatu yang luar biasa
Bila ditanya kenapa dia cakap begitu??
cik amir, tgk la tu..saya beli 1 dinar pada 8 September 2011, harganya RM803.00 tapi harini?? lepas sebulan harga emas 1 dinar tu dah jadi RM755.00
Kan betul saya cakap emas ni satu pelaburan yang merugikan?? Saya hanya mampu tersenyum dengan kata2 pelanggan saya tu.
Bagi menjawab persoalan berikut, jawapan saya mudah saje..
Emas adalah pelaburan jangka panjang..Jangka panjang bermaksud 1 tahun ke atas. Tapi lagi lama lagi bagus. Kalau sebulan dua ni harga emas memang naik turun. tapi secara keseluruhannya harga emas memang kita dapat perhatikan meningkat.
Salah satu faktor yang mempengaruhi naik turunnya harga emas ni selain faktor ekonomi dan politik, adalah bekalan dan permintaan.
Apabila bekalan emas (stock emas) makin berkurang dan permintaan tinggi, maka harga emas akan meningkat. Apabila stock emas terlalu banyak dipasaran (byk faktor mempengaruhi, seperti para pelabur menjual emas2 mereka semula untuk mengambil untung dan lain2) dan permintaan terhadap emas adalah kurang, maka harga emas akan jatuh.
Selain, faktor2 tersebut, faktor perayaan juga memainkan peranan. Kalau tanya perayaan ape? sudah tentulah perayaan Deepavali..so Deepavali nak dekat? jadi apa yang akan berlaku kepada harga emas??
Berdasarkan pengalaman tahun2 yang lepas, setiap kali perayaan deepavali, harga emas akan melonjak kegembiraan. Tapi saya hanya boleh meng’agak’ saje..sebab harga emas ni bukan ditentukan oleh seseorang..tapi ditentukan oleh banyak faktor…jadi ianya sukar diduga..
Jadi apa yang saya perlu buat bila harga emas jatuh??
Ok, soklan yang agak menarik. Bila harga emas jatuh, kalau ada duit lebih, saya cadangkan beli lagi emas.
Beli lagi emas?? tengah jatuh pon boleh beli ke???
Masa harga emas tengah jatuh ni, jangan bersedih..tapi kalau ada duit lebih sket, beli lagi emas. Sebab harga tengah murah!! Masa harga tengah murah la kita perlu rebut peluang yang sementara ni.
Habis, apa saya perlu buat dengan emas tadi??
Jangan jual! Ramai pelabur ketika harga emas jatuh, mereka jual emas tersebut kerana kecewa! Saya nasihatkan simpan emas tersebut.
Ingat lagi tak dengan teknik pemurataan harga? (Averaging Technique), di sinilah gunanya teknik tersebut.
Ok kalau kita tengok harga emas kat atas tu, secara purata, harga emas yang dibeli adalah
RM7023/10bulan = RM702.30
Jadi, secara amnya, kalau nak jual emas tu, kita anggap emas diatas kita beli pada harga RM702.30 sekeping. Walaupun pada bulan september 2011, kita beli 1 dinar tersebut pada harga yang tinggi RM803.00 sekeping.
Jadi, jangan panik untuk bertindak, tapi fikir dulu sebelum bertindak
Saya harap, dengan penerangan yang serba ringkas ini, boleh mengubah persepsi kita tentang kejatuhan harga emas.
Harga emas jatuh kita sepatutnya gembira
Sekian saja dari saya..Assalamualaikum..
Amir Firdaus B Abdul Aziz
Master Dealer (PG000330)
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035











as salam. Saya merupakan seorg pemain saham yg tegar sejak 5 thn yg lalu.. Kini berubah ke simpanan emas..
Tiada istilah rugi dlm menyimpam emas. Yang rugi apabila kita mnyimpan wang kertas. Nilai wang akan susut. Lihatlah pada hari ni brapa byk barang kita boleh beli dgn sekeping RM50. Berbeza dgn emas, klu 5 tahun dulu kita simpan 50 gram, hari ini emas anda tetap 50 gram. yg berubah hanya nilai matawang kertas kerana disandarkan kpda emas. Jika kita terbaca Hadis @ surah dlm Al Quran bahawa jelas Allah telah memperhiasai syurga dgn emas dan perak yg berkilau. Brmakna emas akan terus kekal di syurga. Tidak pula kita dengar syurga itu dihiasi dgn matawang dollar, rupiah,ringgit dan sebagainya. Jadi simpanlah emas kerana bila tiba suatu masa nti tidak akan ada yg lebih brnilai melain emas dan perak. Slmt mnyimpan emas dan perak dr sya.. Tq.
Saya pn sependapat dgn cik amir…bagi saya emas tidak akan merugikan…saya yakin ianya akan meningkatkan di hari mendatang.Sbb itu saya amik keputusan jd dealer..ND jela utk permulaan nie..